Assalamualaikum pembuka bicara seperti
biasa, untuk post kali ni insyaAllah berisi , takde la mcm post2 ak yg sblum ni
asyik nak share gambar cerita pasal hidup aku yang tak ada orang nak tahu pun .
hehe
Alkisahnya, pada suatu malam dlm minggu ni
adala dua orang akak yang aku kenal masa orientasi dulu ajak aku dan housemate2
utk join satu aktiviti ni yang diberi nama “sweetness of Al-Quran”. Nak kata
program besar sangat tak jugak , sbb yg anjurkan aktiviti tu student kolej and
IMU students .
Point post ni aku nak kongsi apa yang aku
dapat malam tu. Aku mungkin bukan seorang dai’e yang baik di mukabumi Allah ni
walaupun dipertanggungjawab untuk berdakwah and menyampaikan agama Dia , so aku
harap dengan serba sedikit perkongsian aku ni , aku dapat smpaikan sedikit
pengetahuan walaupun mungkin tak sampai satu per sejuta pun portion information
aku ni.
Dalam surah 47 ayat 7 yang mengatakan
“ Wahai orang-orang yang beriman. Jika kamu
menolong(agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”
Sedang orang lain sibuk mencari tujuan
mereka dilahirkan d muka bumi , kenapa mereka dihidupkan dan kemana pergi
mereka selepas mati , kita yang dilahirkan sebagai Islam ni bersyukur la kerana
kita ada tujuan hidup dan kita tahu ada dua pilihan untuk kita selepas
persinggahan di dunia dan setelah dibangkitkan kembali iaitu syurga atau
neraka. BERSYUKUR BERSYUKUR LAH .
Kita sekarang ni kan ada dalam zaman yang
penuh dengan benda-benda kecil yang blh mnjadi distraction. Aku tak cakap yang
aku ni baik sangat aku pun ade je kekurangan , banyak tak tersenarai. TAPI apa
yang buat aku terkesan , akak tu kata kalau la teknologi2 tu yang menyebabkan
kita lalai , nescaya Allah takkan wujudkan tenologi2 tu. Sebenarnya , kita ni .
KITA SENDIRI yang tak berpegang pada Al-Quran , kita yang tak encourage diri
kita sndiri utk sentiasa dekat dengan kitab tu . Sedangkan Rasulallah S.A.W
jelas beritahu dlm khutbah terakhir beliau mengenai Al-Quran dan sunnah yang
perlu kita pegang smpai ke hujung nyawa agar kita tidak tersesat .
Contohnya isu transgender yang jadi trend
sekarang , kita mesti terfikir ‘dia ni dh kenapa takde otak ke?’ , ‘dah lelaki
tu lelaki la yg sebok nk jdi perempuan tu pesal?’ . btl x ? mgkn krg tak fikir
mcm tu tp ak fikir cemtu hekhek . Fitrah manusia bang , fitrah . jika dijadikan
lelaki , maka lelaki la engkau bang . Sedar atau tak sedar masalah2 mcm ni ada
sebab mereka tak berpegang kepada Al-Quran , dlm Al-Quran jelas menceritakan
tentang fitrah kita , manusia. Aku sedih tengok isu ni berlaku , kerana
seseorang yang aku kenali ( ak je kot yang kenal dia , dia mgkn x prasan pn ak
wujud) dh smpi tahap menyuarakn hak transgender scara terang-terangan dalam
media. Dia juga berharap orang sekeliling memberi sokongan .
Akhir zaman . Lelaki dah makin sikit . dah
sikit ada pula yang tak nak jadi lelaki . Mana kitorang yang perempuan ni nak
cari bakal suami *eh ?
Back to the main point. The spaces for us
are there already , in Jannah . yang kekal bukan mcm rumah kita kat dunia ni
yang bila2 masa blh roboh. AND it depends on us nak space tu kat peringkat mana
, and bila ? nak masuk neraka dulu ke ? or straight away in Jannah.
CELUPAN kita . ni pun ak tersentap gak
dengar psl ni .
Bayangkan ranting kayu dan sponge yang
dicelup pewarna merah. Apabila kita patah kan ranting tu , apa yg kita nmpk kat
dlam ? merah ? tak kan ? tak ada sedikit pun calit merah . tapi berlainan
dengan sponge , apabila kita gunting separuh still nmpk merah di dalam . And
aku ni ibarat ranting kayu , Nampak sahaja Islam di luar , dalam ? kosong .
KOSONG . Nampak sahaja membaca Al-Quran dengan khsyuk , tetapi pemahaman aku ?
kosong . KOSONG .
STUDY , study jugak . Assignment berlambak
, nak aktifkan diri , nak sosialkan diri dengan orang lain . Mesti serabut kan
nak fikir semua tu ? Ingat ni , jika kita dahulukan agama Allah , insyaAllah
Dia permudahkan segalanya, Dia memberi keperluan kita. Percayalah ni aku tak
tipu sebab aku pernah rasa sendiri . k k k :)
Jom la kita sama2 jadi seperti sponge wahai
rakan-rakanku. Jika awak2 baca post ni terima kasih saya ucapkan .
lots of love,
tikayap
No comments:
Post a Comment