assalamualaikum to everyoneeeeee that reading this
and kepada 5 orang lagi yang selalu bergambar bersama and tengah baca ni. minta izin guna gambar korang ye. posing model kot semua, eh ke ada sorang tu je ? hahahahahah
well, finally i got some good stuffs to update my blog hahaha. daripada title mesti korang dapat agak dah apa aku nak share sebab insta,fb update almost setiap hari kot masa kat sana.
k ak bagi brief intro dulu sebelum go into details.
it was a 10 days (12-21 August) Summer Academic Tour organized by UiTM students under En. Megat (lecturer UiTM merangkap committee member MIHA and of course this programme is under MIHA :) other universities that were invited to join were USM and CUCMS. so lepas dah minta izin untuk extend pratikal dengan ketua jabatan (she was the one who offered kepada sesiapa yang berminat), port pun okay. direct settle terus pasal urusan tiket etc.
gambar ni nak tunjuk detail banner je k, sian muka diorang tak ready hahaha sorry gais
tidur tak tenang beb lepas dah beli tiket and buat passport hahahaha sebab excited dia tak tau la nak cakap tahap apa. sebelum ni pernah cakap dengan lala (roommate) nanti lepas grad pergi korea sama-sama. tengok2 peluang ni datang awal hehhehe and plus akan ada input regarding my field of study so makin lerrrrr excited. alhamdulillah
on this part one, i will share the 3 days that we spent on Seoul. yes, 3 hari je dekat seoul . tak cukup k tak cukup hahaha so memang pergi tempat2 spot je. by the way, dekat seoul ni memang jalan-jalan je, sebab akiviti starts on day 4. AND..... i will also cuba sedaya upaya untuk include on how to get to that place, i will only put the station name, exit apa, line warna apa nak ikut boleh rujuk map jeeeeee . okaylaaa tu dah bantu sikit hahaha btw, operation hours subway ( seawal 5am lebih dah ada, last train before 12am)
there were 28 of us. including the lecturers. departed early morning from klia, and arrived in Incheon airport around 3pm. oh , beza masa malaysia dengan sana sejam je . so if malaysia 2pm , korea 3pm. tak merasa pun nak jetlag hahahaha
gambar x cantik :( i mean, the resolution huhuh
junho oppa . kak aishah yang rajin nk sembang, ak tumpang2 je hahaha
dah sampai korea ni, kat mana2 pun nak berhenti tangkap gambar hahaha
kat airport baru nak cari kat mana nak beli t-money card (mcm touch n go card - for subway and bus) , harga t-money card = 4000 won. aku reload 30,000 won. duit t-money ni boleh refund sebelum balik kalau ada banyak lagi balance so isi je banyak sikit . incase duit kita habis dalam tu, mesin reload dia ada mostly kat each station, convenient sangat . and after tanya fastest route to hostel, kitorang pun gerak laaaa dengan beg-beg yang masih ringan dan belum beranak hahaha.
ehem , ni la pintu artis2 kpopzzz selalu lalu ehemm
kedai ni macam 7-eleven kita ( can get the card here )
boleh je naik subway direct from airport, yang penting baca map dia betul2 sebab subway seoul banyak gila laluan. so each time kita punch in, usually dia charge around 1,300 won. 1000 won = RM 3.71 ( ni rate yg aku dapat tukar ). and then transit la mana2 yang perlu, kitorang transit dalam 2 kali macam tu je, perjalanan dari airport ke hostel dalam 50 minit la jugak tapi murahhh . serius senang gila if reti baca map.
sampai je subway area hostel (euljiro-3-ga), dah almost 7pm, semua belum zohor and asar, kalau direct ke hostel takut nanti sesat ke ape ke so semua setuju nak solat dulu. nasib baik subway yang station kitorang tu sunyi sepi (ibarat stesen ktm seputeh ahhaha), bentang sejadah solat je kat tengah-tengah jalan. orang tak ramai so selamat sikit. takut jugak kalau2 ada yang kecam, mana laaa tahu kan. tapi alhamdulillah dipermudahkan.
and then we moved to the hostel . Travellers A Hostel nama dia. it can be considered dekat dengan area Dongdaemun. rate harga kat bilik ni lupa nak ambik tapi ak rasa affordable je kot (orang lain yang urus), aku tinggal bilik yang ada 4 katil sebab bertiga. bilik dia hairdryer provided (semua tempat ak tinggal ada hairdryer), pastu ada pantry (water dispenser, microwave and sudu garfu mangkuk semua ada). kat sini breakfast dia free so awal pagi boleh la isi perut dengan roti. laundry service pun ada tapi kena bayarrr iolls tak cuci pun kat sini sebab awal lagi.
agih kunci bilik
sarapanzzzz yang dia sediakan on the next day ( bukan malam tu punya k )
oh and wifi. yesss hampir semua tempat ada wifi kat sini. tapi masa aku pergi, dah siap beli simcard for data. 10 days = RM 126. tapi serious talk, kalau phone siap2 ada data lagi senang, incase emergency nak whatsapp call should be no problem. kalau tak kena singgah mana2 kedai untuk tumpang wifi. lagi2 jenis kaki insta macam aku . nak live update je sentiasa hahaha
first night : cari makan dekat area hostel but sadly area tu tutup awal, pukul 9 kitorang keluar tu, dah mati dah area tu hahaha. ni memang keluar bertiga je sebab tak kenal lagi yang lain, sampai la dekat area GwangJang market. jumpa gimbap and tteokbokki yang takde letak ham and sausage and mainly sayur je. so duduk la situ makan . ramahnye ahjumma (makcik) and ahjuhssi (pakcik) kat situ, diorang walau tak reti cakap english tapi try hard jugak nak converse in English. ending dia signal ayam itik. tapi bersyukur juga sebab jadi kpop fan and k-drama fan. trust me, i can understand and read basic korean sikit2 and cakap bila perlu. boleh laaaa sembang sikit-sikit. ( bunyi macam berlagak hahahaahha tapi tak k, ni nak cerita)
then gigih juga nak pergi tempat yang riuh sikit so sambung jalan ke arah Dongdaemun Plaza. kalau naik subway boleh je direct turun dekat Dongdaemun Cultural & History Park station. tapi sebab malam tu plan nak jalan kaki je so tak guna subway. still boleh sampai and takde la jauh mana ( 20 minutes walk from hostel ) kat sini pulak mall dia buka pukul 10am tutup pukul 5am . so kalau nak shopping tengah malam, ni la tempatnya. cosmetics, skin care, fashion (borong and tak borong) semua ada. hahahahahah tak borong, aku tak tau apa perkataan yang sesuai, sorryla . teruk nau bahasa.
tempat ni siang cantik, malam pun cantik :)
dalam ni cam ada museum semua tapi malam tutup, so ni cafe dia .
dongdaemun plaza ni center so semuaaa ada. kat sini la yang borong tak borong tu
k, doota duty free mall ni la tempat sale teruk hahaha 2 kali tau ulang datang sini
this place is actually terjumpa on our way back to hostel. tak sempat baca apa nama bangunan ni :(
yang aku perasan sini weekend selalu sale, kebetulan kitorang datang malam sabtu. ya ampun innisfree sale teruk, ingatkan lama la sale so malam tu tak beli apa-apa pun. isnin dia kitorang datang balik dah takde sale langsung. sodihhhh. (kat doota)
malam tu memang jamu mata je tak shopping pun sobsssss menyesal sebab lepas tu beli harga tak sale dah (innisfree je la ) nanti pasal nak shopping cerita kat tempat lain lagi
weh macam panjang je , baru first day hahaha hmm layan je la eh, dah bosan boleh sambung baca lain kali hahaha. tak nak baca pun takpe, tengok gambarzzzzzzz je la bebanyak ni ha.
SECOND DAY :
had few activities planned beforehand by the uitm students. so kitorang follow flow je.
first stop is Gyeong Bok Gung Palace. one of the most famous royal place in korea. filming site of few popular k-dramas ( heartsting, moon embracing the sun). kebetulan, waktu kitorang sampai (around 10 am ) ada guard changing ceremony dekat palace tu . so siapa nak pergi sini pandai2 lah adjust masa so tak terlepas benda2 macam ni. and untuk tour around dalam palace tu kena bayar entrance fee 3000 won . but if you're wearing hanbok (korean traditional clothes), or sewa kat situ. entrance is freee. but still kena bayar kalau sewa hanbok kat situ ( 10,000-15,000 won ) if im not mistaken. nanti ak cerita kat mana nak pakai yang free hehehe. (almaklumlah rakyat mana tak suka benda free)
how to get to here : Gwanghwamun Station ( exit cari sendiri laa eh, signboard banyak hahaha )
how to get to here : Gwanghwamun Station ( exit cari sendiri laa eh, signboard banyak hahaha )
entrance yang kita akan nampak lepas keluar dari subway
guard changing ceremony
tiket masuk . ni boleh guna juga dekat dalam tu bila nak masuk tempat lain
ni la yang setting yang ada kat dalam palace yang dalam gambar before ni
sian 2 orang ni, entah berapa ramai daripada group kitorang asyik minta gambar. masa jumpa kat luar senyum2, tak lama lepas tu monyok bila ajak gambar hahaha
second stop : seoul city hall
tak masuk pun dalam ni. dekat luar je pastu kitorang tour around library dekat situ . tarikan dia sini sebab ada oval grass square boleh hang out . macam dekat setia city mall
how to get to here : seoul station
how to get to here : seoul station
this oneee is the library
since its summer season, diorang bagi anak2 main air kat sini. jimat uolls takyah gi swimming pool
this one is another palace, tapi kitorang tak masuk , lepak kat luar je. and this one also ada guard changing ceremony and lagi riuhh hahaha
serius nauuu
third stop : Eid restaurant and Central Mosque, Itaewon
time ni dh dekat pukul 2 lebih, semua kelaparan tahap apa entah, nak fikir pun tak boleh, so ak suggest pergi ke Itaewon cari makanan halal. kat situ team berpisah sebab mesti selera lain-lain. tapi ak pilih nak pergi Eid ni sebab dia famous hahahaha aku dah siap2 pesan jauh sikit jalan and rupanya cawangan Eid kat Bangi tu anak dia yang jaga ehehe. so kat sini siapa nak ikut kitorang ikut je la, ada yang nak pergi solat dulu, tapi group aku tu dah lapar sangat so makan didahulukan. kat sini menu dia ada tiga 3 . its either samgyetang (chicken ginseng soup), bulgogi set (set daging) or tuna kimchi stew. first2 tu macam kecewa la jugak sebab tak banyak pilihan. tapi hmmmmmmmm sedap diaa hmmmmmmm boleh rasa k kat tekak while im typing this hahaha tapi serious sedap, dah laa owner baik gila ( yes owner dia korean muslim) and plain water free flow. tapi masuk je area Itaewon ni memang banyak kedai halal, so no worries.
how to get to here : itaewon subway station ( 5-10 minutes walk to the restaurant, lokasi cari guna waze ), after jumpa masjid, straight je & restaurant dkt belah kiri.
how to get to here : itaewon subway station ( 5-10 minutes walk to the restaurant, lokasi cari guna waze ), after jumpa masjid, straight je & restaurant dkt belah kiri.
the-must-visit mosque in korea :)
selesa sangat, toilet dia ada paip (of course la kan), so semua guna peluang ni dengan sebaik mungkin hehehe
aku rasa masjid kita patut apply letak notis macam ni :)
with the owner of the restaurant :)
fourth stop : Namsan Tower
dah selesai solat makan, gerak terus pergi station myeongdong and walked about 10-15 minutes, landmark dia pacific hotel tak silap, pastu jalaaaaaaan je naik bukit sampai jumpa stesen cable car. semput gak sampai atas hahaha semua dah macam ape dah bila sampai kat stesen tu, direct landing kat tangga. so ada baca guide dalam blog katanya its either naik cable car ke atas or naik tangga lagi. memang tak la nak naik tangga, ticket price for cable car is 8,500 won per person, ada range harga lain nanti bagi gambar kat bawah hahah. rupanya naik cable car tu kita akan sampai dekat platform bawah namsan tower tu, kalau nak naik tower tu harga lain pulak . tak silap another 10,000 won per person. kitorang tak naik pun tower tu, lepak kat bawah je, tupun dah happy dahhh. since we went there on weekend, masyaAllah ramainya orang hahaha
que dia masyaAllah hahahaha tapi laju je gerak tapi still dekat sejam gak ah, plan nak naik waktu terang . sampai turn dah gelap dah woi hahaha
if group entry ( over 30 people) blh dapat murah, and also disable persons and senior citizenss
at last, sampaiii. selalu tengok dalam variety/reality show diorang naik gi sini. tak sangkaaa dah shampai :))
last stop : myeongdong underground subway market
lepas namsan ni kitorang shopping dekat myeongdong underground market (sebab memang dah dekat station tu masa turun nak pergi namsan) . tak plan pun nak beli barang sebab semua dah exhausted gila. tapi sebab macam menarik barang2 kat situ, so why not hahaha. subway station mostly akan ada mcam 7-eleven, orange, watson (contoh kat malaysia k),then if subway tu kat center of city, cosmetics skin care semua ada. so yang dekat myeongdong ni ada jual souvenirs, baju2, anddddd the most awaited things to look forward to............ kpop album and merchandise. harga souvenirs dia berpatutan so boleh je beli kat sini. album dah survey2 harga if macam latest sikit (exo-ko ko bop =14500 won), kalau cam dah sebulan dua lama ( 10,000-12,000 ) blh dapat. special collection ( 30,000-40,000 won )
kat sini ak survey je dulu sebab later will stop by this station again. but lepas tu rupanya tak pergi area Lotte Young Plaza ( ada album2 etc ), so end up beli jugak yang dekat myeongdong ni. harga still okayyy kot sbb dah buat research k sebelum beli hehehe. anddd dapat free poster bila beli album. (best memang best, hakikat dia poster penyek bila sampai malaysia hahahah)
for souvenirs. range harga keychain sepapan ( 7,000-8,000 won ), 10 ribu sepapan tu mahal k unless the quality is real good. fridge magnet ( 6,000-8,000 won ) for each set ( ada 4 ). bookmark dia cecantik k and affordable too. around 2,000 won each. alamak kantoi la harga buah tangan yang dh bagi kat orang ahahhaha. and then stokin, yes socks ( mesti paing tersenyum baca aku tulis pasal stokin ). I bought almost 15 pairs of socks from korea hahahah . sebab sepasang 1000 won, boleh buat souvenirs and stok sendiri. kalau harga jual kat malaysia ( same socks from there ) RM10 = 2 pasang. so mahal laaa sini. tu yang beli banyak2 tu hahaha. asyik jalan je ak cari stokin, selagi tak cukup, selagi tu cakap kat paing nak stokin. paling murah boleh dapat 7,900 won for 10 pairs haaaaaaaaaaa murah kan ? tp dekat myeongdong street (kat sini ada macam2, next part aku cerita) malangnya aku dah beli yang lain sebelum tu hahah rugi teruk.
kedai ni datang ramai2 boleh dapat murahhh . hmm kenapa mata aku tertutup :')
selfie siap2 supaya esok kalau dtg lagi boleh dapat murah ( sbb shift lain orang lain jaga )
hari ketiga tunggu next part je la eh hahahahaha panjang sangat dah ni.
the following part mungkin lambat sikit baru boleh update bcs i have lots of things to settle before my internship period over . and im leaving kk soooon sebab nak join orientation week for new students ( sebab ada angah ) and its my last year to join these kind of things. final yearr dahhhh hahahah
and sebenarnye nak mintak maaf sebab ada gambar yang tak masuk ( yg information2 ) sebab gambar entah kat mana (i have to backup my pictures everywhere masa kat sana sebab phone storage makin sikit, so bila download balik ada yang takde ) sobsssss
so yeahh,
till next part.
lots of love,
tikayap.
No comments:
Post a Comment